Friday 9 December 2011

Masa Dan Waktu Tahun 5



Hari                  : Khamis                                                          Tarikh               : 12-5-2011
Darjah              : 5                                                                     Bilangan murid : 16 orang
Mata Pelajaran : Matematik
Tajuk               : Unit 6  Masa dan Waktu
Tema               : Penolakan melibatkan masa dan waktu dalam tahun,dekad,abad dan alaf
Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran,murid dapat
                                   1.  Menolak ukuran masa tanpa melibatkan penukaran unit.
                                   2.  Menolak ukuran masa yang melibatkan penukaran unit.
           3.  Menyelesaikan masalah operasi tolak yang melibatkan ukuran     
                masa dan waktu dalam situasi harian.
Kaedah pembelajaran : pendekatan penyusunan awal
Alat bantu mengajar   : carta, CD, LCD projektor
Nilai                           : menghargai masa
KBKK                       : hubung kait
Pengetahuan sedia ada :  Murid pernah belajar tentang penolakan melibatkan masa dan waktu di Tahun 4.








Langkah/
   Masa
Kandungan
Aktiviti P & P
Catatan
Set induksi

 3 minit
Gambar








1.   Guru menunjukkan gambar .
2.   Guru menanya soalan berdasarkan gambar.
a.       Murid-murid , pernahkah kamu melihat bangunan ini dalam gambar?
(Menara Berkembar Petronas)
b.      Bilakah  bangunan ini dibina?
(Pada tahun1998)
c.       Sudah berapa tahun bangunan ini dibina ?
(2011tahun – 1998tahun
=13tahun)
3.   Murid menjawab soalan guru.
4.   Guru memberitahu kepada murid tajuk pengajaran hari ini.






ABM : Gambar,
 LCD
Langkah 1

8 minit
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf.
Tahun : jangka waktu yang   
             lamanya dua belas bulan.
Dekad : jangka masa sepuluh
             tahun.
Abad : satu abad selama seratus
           tahun.
Alaf : seribu tahun

Soalan :
1)      6 dekad 8 tahun - 2 dekad 2 tahun =
2)      14 dekad 8 tahun -5 dekad 2 tahun =
3)      5 abad 48tahun - 3 abad 27 tahun =
4)      11 abad 70 tahun - 3 abad 68 tahun =
5)      4 alaf 46 tahun - 2 alaf 35tahun =
6)      8 alaf 678 tahun- 3 alaf 243 tahun =

1.   Guru menerangkan dan mengingatkan lagi definisi unit tahun, dekad, abad dan alaf.
2.   Guru menerangkan cara penolakan ukuran masa yang tidak melibatkan pertukaran unit.
3.   Guru menunjukkan beberapa soalan penolakan dua ukuran masa tanpa melibatkan penukaran unit di atas carta.
4.   Guru meminta murid menjawab soalan yang ditunjukan.
5.   Guru menasihati murid menghargai masa.






ABM :
 Carta


Nilai murni :
Menghargai masa
Langkah 2

8 minit
Hukum Pertukaran Unit Masa :
1 dekad = 10 tahun
1abad = 100 tahun
1 alaf = 1000 tahun
1.   Guru menerangkan kepada murid hukum pertukaran unit masa.
2.   Guru meminta murid menghafalkan hukum pertukaran unit masa.
3.   Guru menerangkan cara penolakan dua ukuran masa yang melibatkan penukaran unit.
a.       Semasa penolakan antara dekad dan tahun, apabila  tahun tidak cukup ditolak, kita kena pinjam 1 dari rumah dekad, nilainya 10 pada tahun.
4.   Semasa penolakan antara abad dan tahun, apabila tahun tidak cukup ditolak , kita kena pinjam 1 dari rumah abad, nilainya 100 pada tahun.
5.   Guru menunjukkan beberapa soalan penambahan ukuran masa di atas carta yang melibatkan pertukaran unit.
6.   Guru meminta murid menjawab soalan tersebut.


Langkah 3

8 minit
1)      Umur Azlan ialah 7 ½ tahun. Umur Anita ialah 5 tahun 9 bulan. Umur Amran ialah 1 tahun 2 bulan lebih muda daripada Anita.Hitungkan jumlah umur tiga kanak-kanak itu.
2)      Umur Siti, Mei Ying dan Mary masing-masing ialah 12 tahun 9 bulan, 11 tahun dan 13 tahun 9 bulan. Purata umur mereka ialah berapa ?

1.   Guru menunjukkan soalan dan menerangkan maksud ayat.
2.   Guru meminta murid menyelesaikan masalah.
3.   Guru membincangkan soalan-soalan tersebut dengan murid untuk mendapat jawapan yang betul.





ABM : Carta
Penutup

 3 minit
Hukum pertukaran unit masa :
1 dekad = 10 tahun
1abad = 100 tahun
   

Buku kerja Matematik m/s 23
1.      Guru mengukuhkan ingat murid topic pengajaran hari ini dengan cara menjawab soalan.
a.       Apakah yang kita pelajari hari ini ?
b.      Apakah unit untuk ukuran masa dan waktu ?
c.       Semasa menjalani proses penambahan, apakah yang perlu kita perhatikan ?
2.      Guru meminta murid membaca semula hukum pertukaran unit masa dan waktu.
3.      Guru meminta murid membuat buku kerja Matematik muka surat 23.
ABM : Buku   
 kerja

                                       


Refleksi:
 
Saya rasa gembira dan yakin pada bahagian set induksi kerana murid-murid saya  telah memberikan jawapan dengan  tepat berdasarkan gambar yang diberi. Ini juga kerana murid-murid saya pernah melawat ke Kuala Lumpur dan dapat melihat dan memahami tentang bangunan Menara Berkembar Petronas ini. Oleh itu, mereka dapat menjawab bahawa bangunan ini dibina pada tahun1998.
Akan tetapi terdapat beberapa murid tidak dapat menjawab soalan walaupun mereka pernah melihat gambar yang saya tunjukkan kerana mereka tidak berpeluang melawat ke Kuala Lumpur. Oleh itu, saya dikehendaki menerangkan tentang bangunan tersebut. Dengan demikian, saya memberikan galakkan kepada murid yang tidak dapat menjawab supaya mereka berani mencuba dengan soalan lain. Saya juga memberi motivasi dan memuji murid yang menjawab soalan dengan betul kerana mereka tidak melupakan bahawa perlawatan yang pernah  dikunjungi.
                                    


Bahasa Malaysia Tahun 5


Rancangan Pengajaran Harian
Tajuk                           : Bahasa Malaysia
Tahun                          :Tahun 2
Tarikh                          : 5 Oktober 2011
Hari                             : Rabu
Masa                           : 10.40-11.20 pagi (30 minit)
Bil. pelajar                   : 14 orang
Pengetahuan sedia ada pelajar          : 1. Murid pernah melihat dan dapat menyaksikan  
                                                                  persembahan kompang di kampung.
Tajuk                           : Warisan kita
Sub tajuk                     : Kompang berbunyi
Fokus Utama              : 2.1 bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta
                                      sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
                                      Aras 3 (i) Menyampaikan cerita dengan menggunakan sebutan
                                      dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan       :7.1 membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang
                                      tersurat dan tersirat.
                                      Aras 3 Menghuraikan maksud ayat dalam perenggan.
                                      2. Menyatakan profil usahawan yang berjaya
Hasil pembelajaran     : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat :
                                       Aras 1
1.          Bercerita tentang cara membuat kompang mengikut urutan
2.          Membaca ayat dengan intonasi yang betul.
3.          Menjawab sekurang-kurangnya 5 daripada 7 soalan dengan betul.
                                                                                                                           
Pendekatan/ strategi/ aktiviti   : Berpusatkan guru dan pelajar/aktiviti perbincangan.
Bahan bantu  mengajar          : LCD, komputer riba, kompang (benda maujud), lembaran
                                                  kerja, Slide Power Point, kertas A4 ditulis ayat dan  
                                                  gambar.
Penerapan nilai murni             : Ketekunan, berani, hormat-menghormati, mematuhi


Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(3 minit)





Soalan:
1. Apakah nama benda          
    tersebut?
2. Apakah kegunaan konpang?


1.    Guru memberi  salam dan bertanya khabar murid.

2.    Guru memaparkan kompang kepada murid.

3.    Guru memberi arahan supaya setiap murid melihat kompang dan menyatakan apa yang mereka  dapat lihat.

4.    Guru mengemukakan soalan mengenai apa yang murid  dapat lihat pada kompang tersebut dan memperkenalkan tajuk akan dipelajari hari ini iaitu:




BBM:
Kompang


Kemahiran Berfikir:
Menghubung kait


Nilai:
Berani
Hormat-menghormati
Bekerjasama
Langkah 1
(5  minit)





     1.    Guru memaparkan teks dengan menggunakan slaid power point.

     2.    Guru mengiringi murid baca teks dengan intonasi
 yang betul.

      3.    Guru memberi penerangan tantang teks.




BBM :
Slaid Power point


Strategi :
Berpusatkan guru, pelajar dan bahan.

Kaedah :
Penerangan dan   penyoalan.

Nilai:
Berani
Hormat-menghormati
Bekerjasama





Langkah 2
(10 minit)







     1.    Guru memaparkan cara-cara membuat kompang mengikut urutan dengan menggunakan slaid power point.

       2.    Guru memberi penerangan tentang cara-cara membuat kompang.




BBM :
Salid Power Point



Strategi :
Berpusatkan guru, murid dan bahan.

Kaedah :
Penerangan dan     penyoalan.

Nilai:
Hormat-menghormati
Bekerjasam
Langkah 3
(10 minit)







1.  Guru memperkenalkan permainan “Mencari kawan”.

2.  Guru menerangkan peraturan dan cara bermain permainan “Mencari Kawan”.

3.  Guru diminta mencari kawannya.

4.  Murid yang berjaya mencari kawannya  diminta baca bersama-sama ayatnya.

5.  Selesai aktiviti, guru akan merumuskan secara keseluruhan aktiviti tersebut.


BBM :
Kertas A4
Maker pen

Strategi :
Perbincangan bersama rakan-rakan.

Kaedah :
Membaca bersama rakan- rakan.

Nilai:
Berani
Mematuhi peraturan
Bekerjasama
Penutup
(2  minit)



Lampiran A:

 Lembaran Kerja

1.    Guru membuat rumusan pada tajuk hari ini dengan menanya soalan.

2.    Guru memberi lembaran kerja kepada murid.

3.    Murid mejawab latihan dalam rumah.

BBM:
Lembaran Kerja


Strategi :
Berpusatkan guru, pelajar.
Kaedah :
Penyoalan dan penerangan.


 Refleksi:

Tajuk pengajaran saya pada hari itu ialah "Kompang Berbunyi " dengan tema "Warisan Kita Tahun 2". Saya telah menggunakan Kemahiran Memulakan Pengajaran dengan Kemahiran Mencungkil Idea dalam menjalankan tugasan saya kali ini. Pada awal sesi rakaman, saya telah menunjukkan kompang kepada murid-murid dan meminta mereka menyatakan apa yang dapat lihat. Saya membincang bersama murid dengan menanya beberapa soalan yang berkaitan dengan kegunaan kompang  pada langkah yang seterusnya. Daripada maklum balas murid-murid, saya dapati bahawa saya berjaya merangsang minat murid terhadap tajuk pengajaran hari itu dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka yang pernah melihat dan dapat menyaksikan persembahan kompang di dalam kampung. Kesediaan murid belajar juga dapat saya wujudkan dengan penggunaan Kemahiran Memulakan Pengajaran yang sesuai. Aktiviti yang saya rancang telah menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran pada hari itu.
Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan mikropengajaran saya iaitu kurang senyuman dan kurang memberi galakkan kepada murid yang lemah dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Walaupun secara keseluruhan penglibatan murid agak memuaskan, namum penglibatan murid tidak cukup aktif bagi saya. Setelah merenung kembali, suara saya yang lantang telah menghalang interaksi saya dengan murid secara aktif. Saya dapati bahawa murid yang lemah nampak takut ketika menjawab soalan yang saya kemukakan dan seterusnya teragak-agak di sana dan tidak dapat memberi respon yang baik.
Bagi mengatasi permasalahan yang berlaku, tindakan telah disusun bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajarn di masa hadapan dapat dikemas kini bagi mengelakkan permasalahan yang berulang kembali. Tidak ketinggalan dengan merujuk kepada guru yang berpengalaman dan sukai ramai, saya juga perlu mengenal pasti cara yang sesuai untuk memberi peluang dan membimbing murid menjawab soalan yang dikemukakan selain daripada menaksir kefahaman murid terhadap isi pengajaran hari itu. Saya juga perlu mewujudkan suasana yang menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dalam pelbagai hala dalam kelas. Melalui cara ini barulah saya dapat membantu murid-murid dalam mencapai objektif pembelajaran mereka serta menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.